Novel



RENYAH (GUNAWAN MAHMOOD)
(Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan)

SINOPSIS
Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak menunjukkan minat untuk menyambung dan mengurus perniagaannnya.malah anak-anaknya lebih senang memilih jalan mereka sendiri. Misalnya Hasnol lebih sayang akan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Ilham sibuk dengan perjuangan alam sekitarnya dan sebagai penyair, Mukhlis bergerak dalam kumpulan ajaran sesat, Amera tekun dengan kerjayanya sebagai pendidik, dan Dani pula sibuk sebagai artis rock.

Suatu hari, Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-orang Penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakkan di Sarawak. Lantaran itu, beliau pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun beliau ditemani Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura. Beliau memberitahu Wahi akan perkara sebenar, iaitu Wahi adalah anaknya, tetapi perkara itu telah sedia diketahui oleh Wahi. Sewaktu mahu pulang, Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia ingin berkahwin dengan gadis Jepun. Datuk Dolhi memberikan restu kepada Wahi setelah kembali ke tanah air. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti Hasnol didakwa menerima rasuah, Dani terlibat dengan dadah dan Ilham telah lari ke luar Negara kerana diburu pihak berkuasa. Mukhlis pula hidup merempat dan menjadi gila. Cuma Amera sahaja yang menggembirakan Datuk Dolhi dan berkahwin dengan YB Wahab.

Masalah yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat diselesaikan. Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan menghantar Dani ke pusat pemulihan.Datuk Dolhi juga mencari Mukhlis , dan akhirnya telah menemui Mukhlis yang terlantar di hospital. Hasnol juga telah kembali ke tanah air dan dijamin oleh Datuk Dolhi.


Wahi telah kembali ke tanah air dan telah disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah juga menerima Wahid dan isterinya, Yuka. Akhirnya, Datuk Dolhi telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama isterinya.


TEMA
Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.
  

PERSOALAN
  • Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.


  • Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.


  • Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.


  • Pengarug ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.

PENGAJARAN
  • Kita mesti bertanggungjawab membina sebuah keluarga yang bahagia supaya masa depan anak-anak gemilang- 
Datuk Dolhi berusaha membina empayar perniagaannya semata-mata untuk anak-anaknya pada masa hadapan.
  • Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya pencemaran dapat dielakkan-
Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazanah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan
  • Jangan kita bersikap ego dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliki kerana sikap sedemikian akan memakan diri kita nanti.-
Hasnol bersikap angkuh terhadap ibunya apabila memiliki wang yang banyak hasil daripada perbuatan rasuahnya menyebabkan dia ditangkap oleh pihak berkuasa.
  • Jangan kita mengecewakan ibu bapa kita kerana amalan sedemikian tidak mendatangkan keberkatan dalam hidup.-
Anak-anak Datuk Dolhi telah melakukan perkara-perkara yang telah menyebabkan Datin Tominah mencadangkan supaya mereka lari ke tempat lain untuk mengelakkan daripada masalah yang dihadapi kerana sangat kecewa dengan anak-anaknya.


NILAI MURNI
  • Kegigihan- Robert Lee gigih berusaha dengan bermula dari bawah sebagai kerani, juru jual, penyelia bengkel sehingga menjadi pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding.
  • Patriotik- Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereka saga limosin barunya buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya juga bermutu tinggi.
  • Amanah- Datuk Dolhi tidak memberi wang syarikat kepada Hasnol dan Mukhlis walaupun syarikat tersebut adalah kepunyaannya kerana beberapa prosedur perlu diikuti dan tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya.
  • Kerajinan- Datuk Dolhi memuji kerajinan Wahi yang menghantar kertas kerja kepadanya melalui faks walaupun berada di Jepun.


SUTERA DALAM LUKIS (Abd. Talib Hassan)
SINOPSIS

Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda iaitu Bujei yang mengalami kepayahan hidup dan konflik jiwa selepas kematian ibunya, Fatimah ekoran daripada kebakaran di rumah mereka. Kebakaran tersebut berlaku apabila bapa tirinya, Harun yang panas baran dan kejam telah menyepak pelita sehingga akhirnya rumah mereka terbakar. Bujei tidak mampu menyelamatkan ibunya, malah dituduh menjadi penyebab kebakaran itu.

Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dan dipermain-mainkan oleh masyarakat kampung. Bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Hidupnya keseorangan dan kesepian. Dia selalu pergi ke sungai untuk bersendirian dan mengingati semula pelbagai kenangan pahit yang dilaluinya.

Kehadiran Adila yang banyak membantunya memulihkan keyakinan diri telah beransur-ansur mengubah perwatakan Bujei dan dia mulai merasai erti kehidupan yang sebenar. Namun banyak dugaan yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila.

Bujei dibuli dan dipermain-mainkan oleh Alias dan kawan-kawannya. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Alias sanggup merayu kepada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Bujei turut diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana kononnya terlibat dalam perbuatan maksiat semasa menuntut di luar negara. Tujuannya supaya Bujei membenci dan menjauhkan diri daripada Adila.

Kegagalan rancangannya menyebabkan dendam Alias kian membara. Alias meminta bantuan daripada neneknya yang selalu sahaja menurut kemahuannya iaitu Opah Arah untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias akhirnya telah menjadi tidak siuman.

Adila turut menolak hasrat Faizal yang mahu memujuknya kerana dia kecewa dengan sikap Faizal yang berkahwin dengan orang lain.

Orang kampung telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei menjadi orang yang tidak siuman.

Apabila yakin dan berpuas hati bahawa Bujei telah kembali normal dan mampu berdikari, Adila berhasrat untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Kuala Lumpur kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di sebuah institut swasta. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya, Mak Lamah tentang keputusannya untuk menerima Bujei sebagai pasangan hidupnya.

TEMA
Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitu pandangan masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana Harun biasa memukulnya. Namun Bujei sempat dipukul hingga pengsan.


PERSOALAN
  • Persoalan kasih sayang terhadap ibu bapa- Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran walaupun badannya lemah setelah diterajang oleh Harun.
  • Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga- Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi.
  • Persoalan jodoh pertemuan di tangan tuhan- Walaupun Adila pada mulanya takut melihat kelibat Hafiz, tetapi akhirnya telah memilih Hafiz menjadi pasangan hidupnya.
  • Persoalan kasih sayang sesama manusia- Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya.

PENGAJARAN
  • Kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya musibah dapat dielakkan- Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila.
  • Kita hendaklah bersabar dengan dugaan yang dihadapi supaya jiwa kita menjadi tenang- Fatimah sabar menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun.
  • Jangan kita mengaibkan orang lain kerana maruah mereka perlu dijaga- Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS dan penyakit tersebut telah bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
  • Jangan kita membuli orang yang lemah kerana perbuatan itu sangat dibenci- Hafiz sering menjadi mangsa buli kepada Alias seperti meminta Hafiz terjun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur sambil mentertawakannya.

NILAI MURNI
  • Kasih sayang- Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya.
  • Ketabahan- Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya.
  • Prihatin- Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila memberitahu Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.
  • Baik hati- Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan dituntut oleh orang lain.

KARANGAN

FRASA MENARIK
  • mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
  • mendukung kebenaran yang kita sepakati
  • mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
  • mengambil langkah sederap
  • menghirup udara hasil kemerdekaan
  • mengikut acuan sendiri
  • mengundang kontroversi
  • menjadi cerucuk utama pembangunan
  • menjulang negara ke puncak jagat
  • menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
  • menyambut gamitan menara impian
  • menyebabkan imej negara tercalar
  • menyediakan kursus dan latihan yang relevan
  • menyembunyikan masalah utama masyarakat
  • mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
  • mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
  • muafakat merupakan inti kepada perpaduan
  • negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
  • nilai keinsanan yang syumul
  • nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
  • pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
  • pelbagai cabaran yang bakal menghambat
  • pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
  • pembentukan masyarakat sakinah
  • pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
  • pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
  • perlu dibaja kembali
  • perubahan yang diharap masih belum menjelma
  • petanda kehancuran generasi
  • pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
  • kita perlu mengorak langkah
  • kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
  • komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
  • kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
  • Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
  • makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
  • mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
  • manifestasi kesanggupan bangsa
  • manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
  • masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
  • masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
  • masalah sosial dan susila yang meruncing
  • masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
  • masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
  • melangkah dengan seribu kekuatan
  • melontarkan soalan yang cukup penting
  • melupakan cita-cita yang lebih luhur
KATA-KATA HIKMAT

  • Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  • Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  •  Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  • Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  • Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
  • Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
  • Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
PERIBAHASA
TING.4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. Meninggi diri
Maksud : Sombong

5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6.Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. Murah hati
Maksud : Pemurah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

TING. 5
 1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

DIPETIK: MODUL BM

RUMUSAN

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM
  • Baca arahan dengan teliti. 
  • Cari kemahuan soalan semasa membaca arahan
  • Mula membaca petikan dengan teliti, dan cari isi tersurat serta isi tersirat
  • Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
  • Isi tersirat sekurang-kurangnya 6 isi manakala isi tersurat pula 2
  • Boleh memetik isi di dalam petikan tetapi tidak diambil bulat-bulat, isi tersurat pula ialah KBKK
  • Rumusan hendaklah ditulis dalam 4 perenggan iaitu, pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan penutup.
PENDAHULUAN
Baca dan fahami kehendak soalan dan kesan isi tersurat:
  1. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
  2. Gantikan kata kunci dengan perkataan yang seerti dengannya:
  • Faktor/ sebab/ punca/ element
  • Akibat/ impak/ implikasi/ kesan/ natijah
  • Keistimewaan/ faedah/ kelebihan/ manfaat/ kebaikkan/ kepentingan
  • Kelemahan/ keburukan/ kekurangan/ kekangan/ halangan/ batasan/ masalah
  • Peranan/ fungsi/ tanggungjawab/ tugas
  • Langkah-langkah/cara-cara/kaedah/usaha-usaha/tindakan-tindakan/pendekatan/ strategi/ modus operandi
ISI TERSURAT
  • Isi tersurat dapat dikesan melalui petikan berdasarkan soalan.
  • Garis dan nomborkan isi yang telah anda perolehi
  • Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan
  • Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dan lain-lain. Berikan perhatian terhadap isi penting sahaja.
  • Beberapa ayat boleh digabungkan menjadi ayat majmuk.
ISI TERSIRAT
  • Isi tersirat merupakan ulasan yang muasabah terhadap unsur kedua dalam arahan soalan.
  • Sekiranya unsur isi tersirat adalah kesan, maka carilah kesan yang munasabah.
  • Jumlah isi tersirat ialah 2 atau 3 isi
PENUTUP
  • Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan .
  • Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
  • Unsur kedua ialah menyatakan harapan/penyelesaian terhadap isu dan hendaklah di masukkan agar/supaya
FORMULA: 4 PERENGGAN

          Petikan membincangkan  FOKUS1......(KATA KUNCI WAJIB TUKAR)....+ keterangan (di Malaysia/ dalam kalangan masyarakat)

          ...............FOKUS1......... adalah.............S1............ . Selain itu, ............. S2......... . Di samping itu,........... S3........... . Tambahan pula............. S4 ........... . Faktor/Punca/Kesan/Langkah (kata kunci) lain ialah............ S5 .............. . Seterusnya, ..........S6.......... .

          .............. FOKUS2........... ialah............. T1........... . Selain itu,........... T2............ .

          Kesimpulannya, ........... ISU......... haruslah/wajarlah/mestilah/hendaklah............... CADANGAN............... supaya/agar/demi/untuk............ KESAN...........




Sejarah Tenaga Pengajar Bahasa Melayu 2014



ENCIK ASMADI
Encik Asmadi tidaklah garang orangnya tetapi beliau amatlah tegas dengan pendiriannya dalam mengajar serta mendidik kami semasa kami berada di semester 1 tahun 2014.Beliau amat mengambil berat tentang perihal pelajarnya sehingga sanggup bekorban masa dan tenaganya pada siang hari dan juga pada waktu malam.Tambahan pula beliau salah seorang daripada warden asrama kami di Kolej Vokasonal Ranaco.Bersama sama yang menjadi warden ketika beliau bertugas ialah En.Khairani, En Zulhilmi, En Firdaus. Teringat kembali pada suatu malam ketika kami penghuni asrama Kolej Vokasional Ranaco,bersama sama warden menunggu untuk solat Isyak secara berjemaah di surau,kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan,iaitu salah seorang rakan kami,Muhd Asyraf Bazli Bin Hamzah telah kehilangan orang yang amat beliau cintai iaitu bapanya.Setelah kami semua selesai membaca surah Yassin dan solat berjemaah,Encik Asmadi bersama-sama dengan En.firdaus telah menghantar rakan kami pulang ke rumahnya yang terletak di utara tanah air iaitu di Sungai Petani,Kedah.Walaupun masa perjalanan yang mengambil lebih dari 10 jam,beliau sanggup untuk menghantar rakan kami pulang untuk rakan kami memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya yang sangat beliau cintai.Inilah yang dikatakan seorang warden yang bertanggungjawab terhadap anak jagaannya.Tiada istilah penat dalam kerjaya En.Asmadi dalam melakukan tugasnya sebagai seorang pensyarah yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa ada menyatakan "bagai menatang minyak yang penuh".Selepas kami pulang daripada bercuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2014,ada berita angin yang tersebar yang menyatakan bahawa pensyarah yang kami sayangi,En Asmadi akan berpindah keluar dari Kolej Vokasional Ranaco,segelintir pelajar tidak percaya dengan berita ini dan juga sebaliknya.Selepas beberapa minggu kami menuntut ilmu dengan beliau,kami semua telah mendapati suatu berita yang amat menyayat hati kami semua,iaitu pensyarah yang kami sayangi lagi  kami sanjungi akan berpindah keluar ke Negeri Sabah.Kami semua tidak menyangka bahawa kami akan kehilanagan seorang pensyarah yang kami sayangi.Pada malam itu,suasana sebak menyelubungi setiap pelajar yang berada di surau.pada malam itulah kami semua berjumpanya buat kali terakhir di Kolej Vokasional Ranaco.Kami semua berpelukan dengan En.Asmadi.Para pelajar berpandangan sesama sendiri kerana  ada yang menangis dan sebagainya.Sebelum beliau meninggalkan kami di Kolej Vokasional Ranaco,Beliau sempat mengimami Solat Isyak secara berjemaah di surau kami.

Sajak Pasar Perasaan

Nukilan; T. Alias TalibIni pasar perasaan
yang sering dikunjungi pembeli emosional.
MAKSUD: Perasaan manusia ialah perkara yang sukar di fahami. Sesetengah orang menyatakan perasaan dengan kesedihan tetapi ditafsirkan oleh orang lain secara emosional
Ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
MAKSUD: Penyair ialah orang yang menjadikn kata-kata sebagai bahan berkarya dan disampaikan secara berhemah.
Mereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.
MAKSUD: Orang lain sering meluahkan perasaan secara tidak rasional dan tidak menggunkan fikiran yang padu. Hasilnya kata-kata mereka sering dapat dipatahkan atau tidak dihayati secara mendalam.
Ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.

MAKSUD: Kata-kata mereka yang tidak menggandungi perasaan yang sering tidak mengandungi makna dan sukar untuk di hayati oleh orang lain.
Ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.

MAKSUD: Mereka hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal yang cetek tanpa beralaskan falsafah yang tinggi.
Kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.

MAKSUD: Penyair tetap mahu berkarya, mendalami perasaan manusia yang tidak mengerti akan kepentingan akal fikiran dan kebijaksanaan.
Ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.

MAKSUD: Kerendahan fikiran akan menyebabkan sesebuah karya yang dihasilkan tidak bermutu.



Tema:
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.


Persoalan:
Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.
Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatah dan ditepis.
Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Nada:

Sinis

Nilai:

-Nilai rasional. Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
-Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran.
-Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
-Nilai kesabaran. Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup.
-Nilai keprihatinan. Keprihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan.

Pengajaran:


Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberikan pendapat.
Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta.
Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

pada gerainya duduk penjual sentimental

Keluarga Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.Ahli keluarga kami terdiri daripada 25 orang. Kami mula mengenali antara satu sama lain pada pertengahan bulan Januari 2014.Kami ditawarkan untuk mengikuti kursus Teknologi Marin di Ranaco Marine Sdn.Bhd.Ahli keluarga kami datang dari pelusuk negeri.Kami diberi tugasan untuk membina sebuah blog Bahasa Melayu.Bermula dari saat itu,kami sekeluarga berganding bahu untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah kami iaitu,Cik Norhasma Binti Mohamad.Siang malam kami bersengkang mata untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.Bagi kami kerja ini amat sukar kerana kami tiada rakan yang pakar dalam bidang ini serta tidak mempunyai internet sepanjang masa.Dibawah ini, ada gambar kami sekeluarga:

  1. ABDULLAH HARIS
  2. ZARIF HAIKAL
  3. SYED EDHOFI
  4. M. FADHIL
  5. NUR AIMAN
  6. AMIRUL HISYAM
  7. ZAFRAN
  8. AMIRUL SYAWAL
  9. M.AIMAN
  10. NUR IRFAN
  11. ALIF IZHAM
  12. SHAHRUL ZAIM
  13. CHE M. AZKA
  14. M.HAFIZ
  15. NAQIB
  16. ADIB
  17. ZULKHAIRUI
  18. KHARUDDIN
  19. NASRI
  20. IZNUR FATIN
  21. NADIA HIDAYATI
  22. ALISSA AFFQDA
  23. STI NORALIFAH
  24. NUR SYAFIEKA
  25. IQBAL AQIF



Mutiara Kata

Kami telah di tugaskan untuk menyiapkan folio Bahasa Melayu, dan di wajibkan meletakkan mutiara kata. Antaranya:- 


  1. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" 
  2. "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati" 
  3. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" 
  4. "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran" 
  5. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan" 
  6. "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
  7. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian" 
  8. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" 
  9. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya" 
  10. "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" 
  11. "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket" 
  12. "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan" 
  13. "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri" 
  14. "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat" 
  15. "Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya" 
  16. "Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan" 
  17. "Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia" 
  18. "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai" 
  19. "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" 
  20. "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir" 
  21. "Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali" 
  22. "Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi" 
  23. "Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina" 
  24. "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu" 
  25. "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah" 
  26. "Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya" 
  27. "Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang" 
  28. "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik" 
  29. "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu" 
  30. "Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan" 
  31. "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam" 
  32. "Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi" 
  33. "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan" 
  34. "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" 
  35. "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" 
  36. "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" 
  37. "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir" 
  38. "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat" 
  39. "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya" 
  40. "Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"
  41. "Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince. 
  42. "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall. 
  43. "Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles 
  44. "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad. 
  45. "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate 
  46. ."Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi" 
  47. "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan" 
  48. "Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri" 
  49. "Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"
  50. "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."