Sajak Pasar Perasaan
Nukilan; T. Alias TalibIni pasar perasaan
yang sering dikunjungi pembeli emosional.
MAKSUD: Perasaan manusia ialah perkara yang sukar di fahami. Sesetengah orang menyatakan perasaan dengan kesedihan tetapi ditafsirkan oleh orang lain secara emosional
Ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
MAKSUD: Penyair ialah orang yang menjadikn kata-kata sebagai bahan berkarya dan disampaikan secara berhemah.
Mereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.
MAKSUD: Orang lain sering meluahkan perasaan secara tidak rasional dan tidak menggunkan fikiran yang padu. Hasilnya kata-kata mereka sering dapat dipatahkan atau tidak dihayati secara mendalam.
Ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.
MAKSUD: Kata-kata mereka yang tidak menggandungi perasaan yang sering tidak mengandungi makna dan sukar untuk di hayati oleh orang lain.
Ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.
MAKSUD: Mereka hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal yang cetek tanpa beralaskan falsafah yang tinggi.
Kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
MAKSUD: Penyair tetap mahu berkarya, mendalami perasaan manusia yang tidak mengerti akan kepentingan akal fikiran dan kebijaksanaan.
Ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.
MAKSUD: Kerendahan fikiran akan menyebabkan sesebuah karya yang dihasilkan tidak bermutu.
Tema:
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.
Persoalan:
Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.
Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatah dan ditepis.
Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.
Nada:
Sinis
Nilai:
-Nilai rasional. Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
-Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran.
-Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
-Nilai kesabaran. Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup.
-Nilai keprihatinan. Keprihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan.
Pengajaran:
Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberikan pendapat.
Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta.
Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
pada gerainya duduk penjual sentimental