ENCIK ASMADI
Encik Asmadi tidaklah garang orangnya tetapi beliau amatlah tegas dengan pendiriannya dalam mengajar serta mendidik kami semasa kami berada di semester 1 tahun 2014.Beliau amat mengambil berat tentang perihal pelajarnya sehingga sanggup bekorban masa dan tenaganya pada siang hari dan juga pada waktu malam.Tambahan pula beliau salah seorang daripada warden asrama kami di Kolej Vokasonal Ranaco.Bersama sama yang menjadi warden ketika beliau bertugas ialah En.Khairani, En Zulhilmi, En Firdaus. Teringat kembali pada suatu malam ketika kami penghuni asrama Kolej Vokasional Ranaco,bersama sama warden menunggu untuk solat Isyak secara berjemaah di surau,kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan,iaitu salah seorang rakan kami,Muhd Asyraf Bazli Bin Hamzah telah kehilangan orang yang amat beliau cintai iaitu bapanya.Setelah kami semua selesai membaca surah Yassin dan solat berjemaah,Encik Asmadi bersama-sama dengan En.firdaus telah menghantar rakan kami pulang ke rumahnya yang terletak di utara tanah air iaitu di Sungai Petani,Kedah.Walaupun masa perjalanan yang mengambil lebih dari 10 jam,beliau sanggup untuk menghantar rakan kami pulang untuk rakan kami memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya yang sangat beliau cintai.Inilah yang dikatakan seorang warden yang bertanggungjawab terhadap anak jagaannya.Tiada istilah penat dalam kerjaya En.Asmadi dalam melakukan tugasnya sebagai seorang pensyarah yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa ada menyatakan "bagai menatang minyak yang penuh".Selepas kami pulang daripada bercuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2014,ada berita angin yang tersebar yang menyatakan bahawa pensyarah yang kami sayangi,En Asmadi akan berpindah keluar dari Kolej Vokasional Ranaco,segelintir pelajar tidak percaya dengan berita ini dan juga sebaliknya.Selepas beberapa minggu kami menuntut ilmu dengan beliau,kami semua telah mendapati suatu berita yang amat menyayat hati kami semua,iaitu pensyarah yang kami sayangi lagi kami sanjungi akan berpindah keluar ke Negeri Sabah.Kami semua tidak menyangka bahawa kami akan kehilanagan seorang pensyarah yang kami sayangi.Pada malam itu,suasana sebak menyelubungi setiap pelajar yang berada di surau.pada malam itulah kami semua berjumpanya buat kali terakhir di Kolej Vokasional Ranaco.Kami semua berpelukan dengan En.Asmadi.Para pelajar berpandangan sesama sendiri kerana ada yang menangis dan sebagainya.Sebelum beliau meninggalkan kami di Kolej Vokasional Ranaco,Beliau sempat mengimami Solat Isyak secara berjemaah di surau kami.

